Air
merupakan sumber utama keperluan cecair seharian kita. Air mineral
atau minuman, susu, teh herba, sup cair,jus buah-buahan atau
sayur-sayuran ialah pilihan kita untuk mendapatkan cecair yang
diperlukan oleh badan. Minuman ringan juga menyumbang kepada cecair
untuk badan kita, tetapi harus diingatkan minuman ringan yang
mengandungi tinggi gula ini juga boleh menyumbang kepada tambahan kalori
dan menyebabkan berat badan kita juga naik.
Adakah anda pernah mendengar kenyataan-kenyataan di bawah?
- Kita memerlukan 80 oz (~ 2400ml) air setiap hari.
- Kita hanya perlu minum air apabila rasa dahaga.
- Minum lebih air berbanding makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
HAKIKATNYA
|
Minum terlalu banyak air boleh membahayakan?
- Sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang atau mengambil ubat diuretik, anda perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai keperluan seharian air anda.
- Jangan minum air secara berlebihan pada satu masa yang sama. Selerakkan keperluan air anda sepanjang hari. Ini sangat penting terutama jika anda melakukan kerja berat sepanjang hari.
- Bayi (0-6 bulan)yang hanya menyusu badan tidak memerlukan air tambahan. Pemberian air kepada bayi baru lahir boleh menyebabkan kejadian kuning berlarutan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor mengenai cara menangani bayi kuning.
Artikel ini ditulis oleh
Norazaidah Yusof
Norazaidah Yusof
Penasihat Pemakanan
No comments:
Post a Comment