Projek DIY kali ini saya membuat rak pokok herba menggunakan kayu-kayu terpakai dengan ketinggian 5 kaki dan mempunyai 5 paras. Cara nak buat pun agak senang dan perlu sedikit kreativiti supaya rak tersebut nampak kemas dan teguh. Tak silap saya anggaran kos saya buat rak ni dalam RM50 - RM60 saja dan masih terdapat lagi lebihan kayu.
Antara kayu yang digunakan :
Bil |
Ukuran
kayu |
Kuantiti |
Tujuan |
1. |
2” X 3” X 5’ |
4 batang |
Untuk
dijadikan tiang |
2. |
1” X 2” X 3’ |
10 batang 2 Batang |
Dijadikan
frame (depan & belakang) Dijadikan sokongan tapak supaya rak berdiri kukuh. |
3. |
½” X 1” X 1’ (apit siling) |
65 batang |
Sebagai kayu
tengah untk dijadikan tapak meletak pasu bunga. |
Alatan-alatan lain yang digunakan :
- Tukul
- Mitre saw & Hand saw
- Paku
- Sesiku L
- Tape meter
- Cat Minyak, thinner, berus dan tray cat
Saya tidak ada gambar dari mula-mula pembuatan sebab pada waktu tu saya tidak terfikir untuk dikongsikan projek ini di blog saya. Rakan-rakan boleh lihat gambar-gambar di bawah sebagai rekabentuk rujukan untuk dibuat di rumah. Selamat mencuba.
***Saya minta maaf sekiranya hasil yang saya buat mungkin tidak secantik seperti tukang-tukang profesional. Saya sekadar ingin kongsi projek DIY yang saya buat saja :-).
No comments:
Post a Comment