Gambar 1 |
Kali ini saya ingin berkongsi projek DIY papan alamat rumah saya menggunakan kayu lebihan terpakai dan nombor rumah sedia ada. Kos keseluruhan hanya RM10 sahaja. Jom lihat cara saya membuatnya.
Bahan sedia ada
Nombor Rumah
Kayu bersaiz (0.5" X 2")
Kayu apit siling saiz (0.5" X 1")
Filler kayu
Cat putih & berus
Artificial Grass (rumput karpet)
Paku
Skrew
Bahan yang dibeli
Kertas pasir P240 = RM0.90
Kertas pasir P80 (Halus) = RM0.90
Spray Gold = RM7.00
Alatan yang digunakan
Tukul
Mitre Saw Machine
Sesiku L
Tape meter
Gergaji tangan
Cordless Drill
Step membuat papan nombor rumah adalah seperti berikut :
Step 1:
Sila potong kayu supaya menjadi segiempat tepat menggunakan mesin mitre saw atau gergaji tangan. Sudut setiap sisi adalah 45 darjah. Ukuran panjang dan lebar kayu adalah mengikut kesesuaian saiz nombor rumah anda. Cantumkan sisi kayu dan ketuk dengan paku bersaiz kecil dan halus. Sila ratakan permukaan kayu mengunakan kertas pasir kasar dan halus.
Step 2:
Potong artificial grass mengikut saiz frame segiempat tersebut dan pakukan kayu untuk menutup permukaan belakang artificial grass.
*Papan plywood juga boleh digunakan untuk menutup permukaan artificial grass.
Step 3:
Tampal permukaan yang berlubang atau tidak rata menggunakan filler kayu dan ratakan semula keseluruhan frame tersebut mengunakan kertas pasir (saya menggunakan kertas pasir yang dilekatkan pada cordless drill). Sila bersihkan semula permukaan tersebut sehingga tiada habuk.
Step 4:
Cat frame tersebut sebanyak 2 lapis menggunakan color pilihan (saya menggunakan color putih). Nak mudah, seeloknya proses cat frame dibuat di step 1.Maaf ye sebab saya bukannya profesional tukang kayu. Bila dah buat baru perasan. Hehehe....
Step 5:
Potong 4 batang kayu apit siling sebagai sisi untuk menutup permukaan sisi yang terdapat pada lebihan artificial grass. Ukuran kayu adalah mengikut ukuran frame anda. Sila spray / cat pada nombor rumah dan kayu sisi mengikut color pilihan anda. Saya menggunakan spray gold yang dibeli di kedai MR. DIY.
Step 6:
Step 7:
Selesai.
Selamat mencuba. Ok Bye.
No comments:
Post a Comment