Paip yang bersambungan dengan shower pada dinding bilik air rumah saya telah patah semasa saya hendak menukar shower sedia ada kepada rain shower yang baru. Keretakan adalah berpunca daripada paip sedia ada telah berkarat di dalamnya dan sukar untuk dipulas semasa hendak dibuka.
Pada mulanya saya hendak mengupah tukang untuk membaiki paip tersebut kerana saya tiada pengalaman dalam kerja-kerja pemotongan tiles. Memandangkan semangat DIY tu tinggi, tiba-tiba saya terfikir ini lah masanya untuk saya cari pengalaman sendiri. Saya telah membuat sedikit rujukan di You Tube tentang cara-cara membuat pemotongan tiles di dinding dan cara melekatkan peble stone @ batu kacang pada dinding.
Dibawah ini adalah step yang telah saya buat :
Step 1: Dengan menggunakan marker / kapur / liquid paper, sila buat petak segiempat kawasan yang hendak dibuat pemotogan tiles. Sangkutkan plastik lebih kurang dalam jarak 2 inci dari garisan petak bawah.
Step 2: Sila mulakan proses potongan tiles dengan berhati-hati mengikut garisan yang telah dibuat dengan grinder yang dipasang blade tiles. Buang permukaan tiles yang telah dipotong dan korek lapisan simen menggunakan gerudi mata batu sehingga ke bahagian paip supaya mudah untuk dipotong dan dibuat penggantian.
Step 3 : Sila buat penggantian sambungan paip dan tutup permukaan luar paip dengan masking tape. Sila buat campuran simen dan tempelkan simen pada lubang yang dikorek dan biarkan sedikit lapisan untuk tampalan batu kacang @ peble stone.
Step 4 : Sila buat adunan (campuran simen, batu kacang dan air) dan tempelkan batu kacang pada lapisan kosong sehingga rata. Dengan menggunakan span yang basah, sila bersihkan permukaan batu kacang tersebut.
Step 5 : Siap
Selamat mencuba.
***Maaf ye kalau hasil kerja saya tak berapa cantik :-)
Di bawah ini adalah satu sample di youtube cara pemasangan batu kacang di dinding :
No comments:
Post a Comment