Projek DIY tutup ruang kosong atas kabinet dapur rumah. Asalnya saya nak buat rak tapi kos agak tinggi dan rasa macam tak berbaloi... Lagi pun kalau ada rak kosong nanti macam-macam barang hendak letak. Tiba-tiba saya terfikir apa kata saya tutup saje dengan plaster ceiling. Kenapa saya guna kapur siling tetapi tidak kayu? Sebab kos kapur siling agak murah dan cara pemasangannya pun tak lah susah sangat.
Sebelum ini saya belum pernah pun pasang plaster ceiling kat mana-mana pun. Tapi sebab minat dalam DIY tu tinggi, saya cabar diri saya untuk dapatkan pengalaman ini. Saya faham konsep pemasangan plaster ceiling sebab selalu melihat kontraktor membuat pemasangan plaster ceiling. Saya juga ada menonton perkongsian video orang memasang plaster ceiling di YouTube. Tips dia senang je. Kena ada minat, ada asas sikit-sikit pun ok, kreatif dan kena rajin. Itu saje. Di bawah ini adalah cara saya memasang plaster ceiling di ruang atas kabinet dapur.
Bahan-bahan
2 kpg Plaster Board 4' x 3' = RM6/kpg
7 btg Besi 30mm 12' = RM2.50/btg
1 kg Simen putih = RM10/kg
Skrew 1 inci (250g) = RM5
1 x Lampu LED (inc remote) = RM23.90 (beli di Mr
DIY)
Step cara saya:
1) Buat frame 4 segi ikut kreativiti guna besi
30mm. Mesti kena lurus & kukuh.
2) Jika permukaan ceiling bukan konkrit guna gam
yang kuat utk lekat besi pada ceiling
3) Pastikan 3 bahagian (kiri, tengah & kanan)
frame besi ada support pada dinding batu
4) Ukur frame besi yg telah siap & potong
‘plaster board’ ikut ukuran
5) Skrew ‘plaster board’ supaya melekat pada frame
6) Plaster ruang yang berlubang dgn simen putih
7) Cat
8) Siap
Sila lihat gambar-gambar di bawah untuk rujukan :
No comments:
Post a Comment