Ads

Powered by Blogger.

DIY & IT

[3][Diy][display-contents][Projek DIY/Technology][Slider Loads Posts]

23 October 2020

DIY - Pemasangan Shiplap Wall

| No comment

Entri kali ini saya ingin berkongsi projek DIY pemasangan Shiplap Wall di rumah saya. Pemasangan shiplap wall ini amat mudah dan memerlukan sedikit kesabaran. Di bawah ini saya senaraikan keperluan untuk projek ini.


Bahan-bahan dan kos


4’ x 8’ MDF Board saiz 6mm (RM25 x 4 kpg) = RM100

Upah potong mdf board saiz 6” X 8’ (RM11x4) = RM44

X-Bond Sealant (RM5.64 x 3 botol) = RM16.92

Acrylic sealant (RM4.50 x 1 botol) = RM4.50

Nippon Paint Acrylic 5170 Wall sealer = RM32

Jotun Paint Majestic True Beuty Sheen 1 litre (RM37x2 tin) = RM74

Paint tray (RM1.80 x 2) = RM3.60

4" roller refill (RM1.80 x 2) = RM3.60

4" roller handle = RM3

Berus & masking tape guna stok sedia ada.

Jumlah Keseluruhan Projek = RM281.62


Lokasi kedai (Sg. Buloh, Selangor)

MDF board - B.S.Huat Plywood Trading (M) Sdn. Bhd.

Paint - NF Cheong Trading Sdn Bhd.

Sealant Xbond & Acrylic - Beli di Shopee (nama kedai mplushardware)

Sy share kos n kedai nk cari material ni. Cara buat boleh belajar di YouTube. Mmg mudah & memerlukan kesungguhan 😆

Selamat mencuba.


LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN (cara saya)


Step 1 : Ukur tinggi & lebar dinding yang hendak dibuat shiplap. Buat kiraan jumlah papan yang diperlukan. 

    Tinggi : 7 kaki (') 3 inci (")

    Lebar : 12 kaki 2 inci

    Standard Ukuran Papan MDF : 8 kaki (P) x 4 kaki (L)

    Potongan yang diperlukan untuk setiap keping: 6" (L) X 8' (P). (Sila buat kiraan sendiri)

    ***6 inci adalah bersamaan 1/2 kaki. 


Step 2 : Kikis permukaan yang tidak rata dengan scraper dan tampal permukaan dinding yang berlubang dengan putty filler.

Ukuran dinding : 12kaki 2 inci (lebar) X 7kaki 3inci (tinggi)


Step 3 : Buat garisan melintang yang lurus (bermula dari bahagian atas atau bawah) sebagai level panduan untuk menampal papan MDF. Garisan boleh dibuat secara manual atau lebih mudah menggunakan laser level. Dalam projek ini saya menampal papan MDF bermula dari bawah ke atas. Saya menggunakan batang ais krim sebagai sokongan utama untuk papan MDF yang pertama sahaja supaya papan tersebut dilekatkan secara lurus. Papan MDF pertama adalah penting dipastikan lurus kerana ia penentu keseluruhan shiplap supaya kelihatan tidak senget.



Step 4 : Lekatkan papan MDF ke dinding menggunakan gam x-Bond sealant secara zig zag.


Step 5 : Tampal masking tape untuk memastikan papan MDF tidak bergerak atau jatuh.



Step 6 : Lekatkan papan MDF kedua dan seterusnya sehingga selesai. Gap di antara MDF adalah menggunakan 2 keping duit syiling 50 sen lama. Setelah selesai (gam sudah melekat kuat seeloknya dalam tempoh 1 jam) buka tampalan masking tape dan touch-up bahagian paling tepi (kiri & kanan) dan bahagian joint menggunakan Acrylic sealant.


Step 7 : Bersihkan pemukaan papan MDF dan cat undercoat (1 layer sahaja) menggunakan Nippon Paint Acrylic 5170 Wall sealer. 



Step 8 : Cat dinding menggunakan apa-apa color yang disukai. Untuk dinding ini saya menggunakan Cat jenama Jotun Paint Majestic True Beuty Sheen. Untuk kemasan dinding yang cantik dinding perlu dicat sebanyak 2 layer.






Step 9 : Siap.


Tips
1) Untuk bahagian sisi dinding yang diakhiri dinding, sila gunakan nail cable clip secara sementara semasa melekatkan papan MDF ke dinding. Ini bertujuan untuk menguatkan lekatan papan MDF di bahagian sisi yang kadang kala mudah terangkat.

2) Sila gunakan Mesin Jig Saw untuk membuat potongan papan MDF di bahagian seperti wall plug dan lain-lain.

 
Antara alatan yang digunakan

Tags :

No comments:

Post a Comment

Featured post

DIY - Pemasangan Shiplap Wall

Entri kali ini saya ingin berkongsi projek DIY pemasangan Shiplap Wall di rumah saya. Pemasangan shiplap wall ini amat mudah dan memerlukan ...

Popular Posts

Category