Projek DIY : Pemasangan Wainscoting Di Tangga
Tarikh : 25 - 30 May 2019
Jumlah kos : RM230.00
Entri kali ini saya ingin berkongsi projek DIY iaitu pemasangan wainscoting di tangga rumah saya. Nampak macam mudah tetapi yang sebenarnya agak rumit sekiranya kita tiada gambaran penuh cara nak buat pemasangan.
Alatan yang diperlukan
Berikut adalah step yang saya lakukan untuk pemasangan wainscoting di tangga rumah saya.
Step 1
Sila buat rekabentuk wainscotiong tangga pada sehelai kertas. Gap antara kotak adalah mengikut kesesuaian ukuran kotak wainscoting. Untuk rmh sy, gap antara kotak wainscoting saya adalah 4 inci.
Step 2
Lukis lakaran tersebut ke atas dinding tangga dan dapatkan ukuran jarak sebenar kayu yang berada di atas kotak wainscoting. Sila dapatkan juga ukuran panjang & lebar setiap kotak supaya ukuran setiap kotak adalah sama dan gap antara kotak juga adalah sama. Untuk mendapatkan garisan yang lurus, saya menggunakan benang yang diikat (hujung ke hujung).
Gambar 2 |
Step 3
Dapatkan ukuran sudut untuk setiap bahagian selain sudut 45 darjah. Sudut 45 darjah untuk kotak yang berbentuk segi empat sama atau tepat sahaja (sila rujuk semula gambar 1).
Step 4
Beli kayu mengikut kuantiti yang telah dibuat kiraan. Seeloknya beli extra sedikit.
Step 5
Potong kayu menggunakan gergaji dan metre box.
* Kalau ada circular saw atau mitre saw kerja anda akan jadi lebih mudah lagi.
Step 6
Sapukan gam x-bond secara zig zag pada permukaan kayu dan tampal terus ke dinding. Untuk setiap batang kayu yang dilekatkan, sila sokong kayu yang dilekatkan dengan paku halus yang pendek dan masking tape. *Paku tersebut tidak perlu diketuk terlalu dalam (sekadar tembus sedikit saje).
Gambar 3 |
Step 7
Lakukan step 6 sehingga wainscoting siap ditampal sepenuhnya ke dinding dan kering dalam tempoh 24 jam atau lebih. Setelah melebihi tempoh 24 jam, sila buka lekatan masking tape dan paku yang ditebuk tadi. Permukaan celah kayu yang mempunyai rongga kosong yang besar (biasanya bahagian kayu yang melengkung) atau berlubang perlu ditampal menggunakan filler kayu. Keseluruhan permukaan kayu perlu dilicinkan menggunakan kertas pasir dan dan dilalukan gam silikon (Acylic Sealant) pada keseluruhan celah-celah kayu.
Gambar 4 |
Step 8
Lap permukaan kayu wainscoting menggunakan kain (sedikit basah) dan biarkan permukaan tersebut kering. Sila sapukan cat undercoat pada permukaan kayu dan biarkan sehingga kering. Cat semula permukaan kayu dengan color cat yang diinginkan sehingga selesai sepenuhnya.
Gambar 5 |
Gambar 6 |
Step 9
Siap
Tips
Cara membuat ukuran sudut selain 45 darjah (Sila rujuk gambar di bawah ini)
Sudut 140 Darjah |
No comments:
Post a Comment